Tajaan berbuka puasa

Tajaan berbuka puasa untuk anak yatim yang daif. Memberi makan orang berpuasa adalah sangat dituntut dan tambahan pula mereka adalah anak yatim yang daif.




Saturday, December 20, 2008

Gotong Royong Kitchen Garden Fasa II


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Desember 2008
Masa: 8.30am

Hari ini saya bersama sukarelawan Muslim Aid Asia telah bersama-sama gotong royong untuk menyiapkan Projek My Kitchen Garden Fasa II di ASDAF. Setelah hasil My Kitchen Garden sebelum ini telah berkali-kali mengeluarkan hasil, kali ini Muslim Aid Asia menanam kembali sayur-sayuran baru sebagai permulaan untuk fasa dua. Sayur yang ditanam kali ini ialah bayam, sawi, limau kasturi dan cili padi. InsyaAllah setiap petang saya akan singgah di ASDAF untuk melihat perkembangan sayur-sayuran di sini. Untuk tahun 2009, Muslim Aid Asia merancang untuk mengembangkan Projek My Kitchen Garden di rumah kebajikan lain yang terpilih!

Muslim Aid Asia mengucapkan terima kasih kepada Faizal dari Petronas yang telah menyumbangkan pokok cili untuk My Kitchen Garden Fasa II ini.

pokok cili disumbangkan oleh Faizal

sukarelawan sarapan dahulu sebelum gotong royong

Ustaz Firdaus wakil dari ASDAF

Faizal bersama pokok-pokok cili

Amir turut hadir

Faizal menanam pokok cili

Eyta dan Powde

p/s pada yang minat untuk bercucuk tanam, mencangkul petang selepas kerja, boleh datang sertai kami:)

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Tuesday, September 2, 2008

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit." - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735

"Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan makanan dan minuman dengan puas, maka Allah ST memasukkannya ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampun" Hadis riwayat al-Tirmizi

Pihak ASDAF memohon tajaan untuk berbuka puasa / moreh bersama Anak2 yatim ASDAF

Tarikh yang available:
Bulan September : 9, 15, 18, 22, 24, 26, 28

Penaja boleh datang membawa keluarga sekali untuk berbuka puasa dan Tarawih bersama anak2 ASDAF dan staf ASDAF. Pada syarikat atau agensi yang berminat juga boleh menaja anak2 ASDAF ini.

Katering juga disediakan oleh pihak ASDAF, kosnya ialah RM15 x 70 = RM1050. Sekiranya mempunyai katering sendiri juga amat dialu2kan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ustaz Hasmadi (Pengetua ASDAF) atau Kaksu ditalian 03-22831009

p/s gambar anak2 ASDAF
Gambar 1
Gambar 2




Tarik Kemaskini pada Hari ini: 26 & 27 Disember 2008


Majlis Ihtifal di ASDAF 26, 27hb Disember 2008

pihak ASDAF menjemput penderma untuk datang skali ke majlis Ihtifal...

Sumbangan anda tuhan sahaja yang dapat membalasnya..