Rumah anak yatim ini menempatkan anak-anak orang asli yang daif dan miskin di kalangan orang asli yang baru memeluk agama islam.

Moderated by Muslim Aid Asia volunteer - DonateForUmmah.com

Home Top Ad

Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF) Tarikh: 21 Desember 2008 Masa: 8.30am Hari ini saya bersama sukarelawan Muslim Aid Asia telah bersa...

Gotong Royong Kitchen Garden Fasa II


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Desember 2008
Masa: 8.30am

Hari ini saya bersama sukarelawan Muslim Aid Asia telah bersama-sama gotong royong untuk menyiapkan Projek My Kitchen Garden Fasa II di ASDAF. Setelah hasil My Kitchen Garden sebelum ini telah berkali-kali mengeluarkan hasil, kali ini Muslim Aid Asia menanam kembali sayur-sayuran baru sebagai permulaan untuk fasa dua. Sayur yang ditanam kali ini ialah bayam, sawi, limau kasturi dan cili padi. InsyaAllah setiap petang saya akan singgah di ASDAF untuk melihat perkembangan sayur-sayuran di sini. Untuk tahun 2009, Muslim Aid Asia merancang untuk mengembangkan Projek My Kitchen Garden di rumah kebajikan lain yang terpilih!

Muslim Aid Asia mengucapkan terima kasih kepada Faizal dari Petronas yang telah menyumbangkan pokok cili untuk My Kitchen Garden Fasa II ini.

pokok cili disumbangkan oleh Faizal

sukarelawan sarapan dahulu sebelum gotong royong

Ustaz Firdaus wakil dari ASDAF

Faizal bersama pokok-pokok cili

Amir turut hadir

Faizal menanam pokok cili

Eyta dan Powde

p/s pada yang minat untuk bercucuk tanam, mencangkul petang selepas kerja, boleh datang sertai kami:)

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

2 comentários:

Unknown said...

berbudi pd tanah.awesome.:0

Unknown said...

mcm seronok je. hehe