Rumah anak yatim ini menempatkan anak-anak orang asli yang daif dan miskin di kalangan orang asli yang baru memeluk agama islam.

Moderated by Muslim Aid Asia volunteer - DonateForUmmah.com

Home Top Ad

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala o...

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit." - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735

"Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan makanan dan minuman dengan puas, maka Allah ST memasukkannya ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampun" Hadis riwayat al-Tirmizi

Pihak ASDAF memohon tajaan untuk berbuka puasa / moreh bersama Anak2 yatim ASDAF

Tarikh yang available:
Bulan September : 9, 15, 18, 22, 24, 26, 28

Penaja boleh datang membawa keluarga sekali untuk berbuka puasa dan Tarawih bersama anak2 ASDAF dan staf ASDAF. Pada syarikat atau agensi yang berminat juga boleh menaja anak2 ASDAF ini.

Katering juga disediakan oleh pihak ASDAF, kosnya ialah RM15 x 70 = RM1050. Sekiranya mempunyai katering sendiri juga amat dialu2kan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ustaz Hasmadi (Pengetua ASDAF) atau Kaksu ditalian 03-22831009

p/s gambar anak2 ASDAF
Gambar 1
Gambar 2


3 comentários:

Unknown said...

moga kamu semua dirahmati ALLAH SWT. amin

Assalamualaikum, saya nak tanya , anak-2 yang tinggal di ASDAF ini terdiri dari kanak-2 Lelaki sahaja atau Perempuan sahaja atau kedua-2 sekali ya ?

iDrlurve said...

Sertai program terbaru Harian Metro dan bela komuniti anda.Bantu mereka yang memerlukan anda... http://xxdrlurvexx.blogspot.com/2013/04/jom-sertai-anugerah-blogger-prihatin.html